Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
Sekolah Menengah (Sains) Tuanku Syed Putra atau nama ringkasnya SM (Sains) Tuanku Syed Putra, merupakan sebuah Sekolah menengah sains yang terletak di Jln Behor Pulai, 01000 Kangar. Sekolah ini terletak di negeri Perlis yang bersempadan negeri Kedah di bahagian selatan dan wilayah Satun, Thailand di bahagian utara. Kini, sekolah ini lebih dikenali sebagai SYED PUTRA. Persatuan Alumni dikenali ASPUTRA. Pada 2009, Sekolah Menengah (Sains) Tuanku Syed Putra memiliki 317 pelajar lelaki dan 230 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 547 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru. Namun, bilangan pelajar yang direkodkan menurun kepada 393 orang pada 2019. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra diasaskan pada tahun 1973, dengan nama Sekolah Menengah Sains Perlis. Semua pelajar SMSPs. telah menumpang belajar di Sekolah Menengah Derma, Kangar dengan Penyelia yang pertamanya ialah Mr. B.P. Chopra dan Penolong Kanan En. Othman bin Mat. Pada bulan Jun 1974, semua warga SMSPs. telah berpindah ke bangunan baru di Behor Pulai. Penyelia SMSPs. pada waktu itu ialah En. Othman bin Mat dan Pen. Kanannya En. Baharom bin Mohamad. Seterusnya Pengetua SMSPs. yang pertama dilantik untuk menerajui SMSPs. ialah En. Abd. Rahim bin Abd. Majid iaitu pada bulan September 1974. Pada tahun 2009 sekolah ini dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan kohort ketiga dalam kebitaraan m-sains dan pelancongan. Pada 25 Januari 2012, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dipilih sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi kohort pertama setelah memenuhi kriteria tertentu seperti pencapaian akademik, kekuatan alumni, program pengantarabangsaan serta jaringan dan jalinan. Sekolah ini merupakan sekolah yang terbaik di Perlis dan merupakan antara sekolah yang terbaik di Malaysia berdasarkan rekod pencapaiannya.[1] Kronologi Penubuhan
Profil sekolahLagu sekolahKami penuntut semua Pelbagai turunan bangsa Datang dari rata-rata Bumi Malaysia tercinta
Menjadi pegangan kami Berkat Tekun Usaha Jaya Dukung sains teknologi
Harum SMTSP Selama-lamanya
Tekun dan berusaha Semoga berjaya
Menjadi pegangan kami Berkat tekun Usaha Jaya Tekun semangat berbakti VisiMenjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia yang terus cemerlang dan terbilang menjelang tahun 2020 MisiSebuah Sekolah Berasrama Penuh yang komited untuk merealisasikan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang berpersonaliti unggul serta mempunyai kecemerlangan akademik. kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme dan kehebatan kokurikulum serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terki Moto
Pengetua-pengetua SMSTSP
Senarai Pentadbir (Semasa)
Senarai Guru Cemerlang (Semasa)
Kelas
Rumah SukanPara pelajar SMSTSP dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan sahsiah. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Majlis Anugerah Juara Gemilang setiap tahun.
Pencapaian Akademik
Pengiktirafan SekolahSekolah Kluster Kecemerlangan - 2009 Sekolah Berprestasi Tinggi - 2010 Pencapaian KokurikulumSukan Kriket
Anugerah Tuanku Syed PutraAnugerah Tuanku Syed Putra merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,kepimpinan, sahsiah, dan sukan. Penerima anugerah ini akan diberi sewaktu Hari Anugerah Cemerlang tahunan. Berikut merupakan penerima Anugerah Tuanku Syed Putra:
Senarai Ketua Pelajar 2014 Imran Bin Zoher 2015 Muhammad Syafiq Bin Rahim 2016 Muhammad Daniel Naim 2017 Muhammad Syazwan Bin Salmi 2018 Abdul Hazim Bin Mokhtar 2019 Muhammad Aliff Aryan Bin Aziz SMSTSP telah dipilih menjadi tuan rumah program ini pada tahun 2004. Sekolah ini pernah menjadi tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh pada 1987 . Program ini dianjurkan untuk kali ke-31 dan kali kedua buat SMSTSP. Pada tahun tersebut, SMSTSP telah mencatat sejarah sebagai penganjur terbaik dalam sejarah penganjuran Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh . Ini dapat dibuktikan dengan hampir kesemua kontinjen yang datang dari Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia berpuas hati dengan penganjuran tersebut. Penganjuran pada kali itu juga menjadi titik permulaan Makan Malam Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bersama Raja atau Sultan dan pembukaan program di stadium yang mana menjadi ikutan tuan-tuan rumah seterusnya. Sambutan 40 tahunSetelah 40 tahun penubuhannya,pihak sekolah dan Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (ASPUTRA) telah bersepakat untuk mengadakan acara sambutan ulangtahun ke-40 SMSTSP pada 18-21 April 2013. Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra atau lebih dikenali sebagai ASPUTRA akan turun beramai-ramai bagi meraikan sambutan gilang gemilang ini. Antara acara sedang dirancang adalah:-
Alamat
RujukanPautan luar
Information related to Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra |