Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn
Pada 2009, Sekolah ini memiliki hampir 1216 pelajar lelaki dan 1092 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2308 orang. Ia mempunyai seramai 115 orang guru.2009 Pada tahun 2017 pula, bilangan murid telah mencecah seramai 1860 orang dan 123 orang Guru. Sejarah AwalPada 1 Disember 1994, Sekolah ini telah memulakan operasinya dengan dengan menumpang bangunan Sekolah Menengah Desa Tun Hussein Onn kerana ketika itu bangunan sekolah ini masih dalam pembinaan dan tidak siap sepenuhnya lagi. Warga SKDTHO pada ketika itu hanya seramai 560 murid dan 17 guru sahaja. Pada tanggal 24 Mei 1995, Warga perintis ini telah melangkah megah ke bangunan sendiri. Pada awal penubuhan sekolah ini, Guru besarnya diterajui oleh Encik Baharuddin Bin Yahya (1995 hingga 1997), seterusnya diambil alih oleh Encik Md.Zain Bin Hamzah (1997-2010), kemudiannya Encik Rooslan B. Ahmad amw (2010-2017) dan terkini Encik Hasbullah Bin Hassan (2017). Misi dan VisiMisi
Visi
Bangunan dan Kemudahan SekolahBangunan sekolah ini terdiri daripada 3 blok bangunan dan 4 tingkat iaitu Blok Seri Anggerik,Seri Bougainvilla dan Seri Cempaka sari. Jumlah kesemua bilik darjah adalah sebanyak 31 buah. Kemudahan guru pula adalah seperti Bilik Guru, Bilik Mesyuarat,Bilik Seri Visi,Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM),Bilik Pendidikan Seni Visual, (PSV),Bilik Muzik,Bilik Cetak dan stor peralatan teknikal. Kemudahan guru dan murid untuk sesi pengajaran dan pembelajaran adalah seperti Pusat Sumber Sekolah, Bilik Media,Bilik J-QAF (pada asalnya adalah bilik PAK @ Pendidikan Abad Ke-21),Makmal Komputer,Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup (KH),Bilik Muzik,Bilik Pendidikan Moral,Bilik SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)dan Stor peralatan Sukan dan Kokurikulum. Bimbingan dan Kaunseling juga turut disedikan bilik Bimbingan dan Kaunseling, (B@K) dan Bilik Pemulihan Khas Tunas Cemerlang. Terdapat juga kemudahan lain seperti Dewan Seri Cemerlang,Surau Al-Hidayah,Klinik Kesihatan dan Pergigian,Kantin Sekolah,Kedai Buku Sekolah,Gelanggang Takraw,Badminton,Bola Tampar dan Bola Baling. Maksud Disebalik Lencana @ Logo SekolahLambang WarnaWarna MerahMelambang kesungguhan setiap warga sekolah untuk meningkatkan prestasi dalam segenap bidang yang diceburi. Warna BiruMelambangkan wujudnya perpaduan dikalangan setiap warga sekolah. Warna KuningMelambangkan kemuliaan hati setiap warga sekolah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Warna HijauMelambangkan keindahan prasarana sekolah dan penuntutnya yang terdiri dari anak anggota tentera. Lambang ObjekBukuMelambangkan khazanah ilmu yang tidak ternilai didalamnya. PenyukatMelambangkan usaha setiap warganya yang berterusan dalam memberi dan menimba ilmu. JenteraMelambangkan wujudnya perkembangan teknologi dalam membantu melaksanakan visi dan misi sekolah Piala dan SijilMelambangkan kejayaan yang dikecapi oleh seluruh warga sekolah Logo @ Lencana Sekolah ini dicipta sendiri hasil dari idea Pn. Wan Noraini Bt Wan Ahmad dan En.Effendy Bin Abd Rahman. Piagam PelangganMelayani dan memberi kerjasama yang terbaik kepada ibu bapa yang berurusan dengan pihak sekolah. Mewujudkan budaya sekolah yang mematuhi disiplin,bersopan-santun,hormat-menghormati dan berketrampilan dalam menghadapi cabaran. Menyediakan kakitangan bertanggungjawab,berdisiplin komited,bermuafakat dan mengamalkan urusan kerja "Berat sama dipikul,Ringan sama dijinjing" Mewudukan sekolah yang penyayang dan menghidupsuburkan budaya ilmu dengan penumpuan kepada keyakinan bahawa setiap anak didik adalah berhak kepada pendidikan,belas kasihan,berpontensi dan berkebolehan untuk bertanding dengan dirinya sendiri demi mencapai kecermerlangan. Alamat
Pautan luarInformation related to Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn |