Sekolah Kebangsaan Sri Jerai
Sekolah Kebangsaan Sri Jerai ialah sebuah sekolah kebangsaan di Gurun, Kedah, Malaysia. SejarahSejarah SK Sri Jerai (SKSJ) bermula sebaik sahaja SK Gurun Pusat (SKGP) yang merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan yang ada di kawasan Gurun telah melakukan pembaikpulihan dan pembinaan bangunan baru pada tahun 1981. Maka dengan itu, semua pelajar yang berada di sekolah berkenaan telah dipindahkan ke sekolah yang baru dibina ini. Walau bagaimanapun, ia masih berada di bawah satu pentadbiran yang sama dengan SKGP. Guru Besar pertama yang ditugaskan di sekolah baru ini ialah Encik Abd. Rahman. Mengikut sejarah, nama SKSJ diambil sempena nama Gunung Jerai yang tersergam indah yang mana gunung ini merupakan mercu tanda kebanggaan bagi penduduk sekitar Gurun. Bangunan pertama sekolah ini ialah bangunan 3 tingkat yang mula didirikan pada tahun 1981 (Blok A). Di situlah terletaknya bangunan pentadbiran dan bilik-bilik darjah. Oleh kerana pertambahan jumlah pelajar, maka sebuah lagi bangunan dibina (1990 – Blok B). SKSJ menunjukkan perkembangan yang memberansangkan dari hari ke hari dengan melakukan pelbagai perubahan dari segala aspek meliputi pengurusan dan pentadbiran, kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum pelajar. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya dalam melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani dan jasmani serta intelek. Barisan Pentadbir Sekolah Sri JeraiGURU BESAR : PN. NOR HASHIMAH BINTI AHMAD PENOLONG KANAN PENTADBIRAN : EN. MD NOOR BIN ABDUL RAHMAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID : PN. AMELIA BINTI ABDULLAH PENOLONG KANAN KOKURIKULUM : PN. SUZANA BINTI MAT ISA Galeri Sekolah Kebangsaan Sri JeraiLogo SekolahObor : Lambang kemenangan dan kegemilangan Tangan : Lambang permuafakatan warga sekolah Gandar : Lambang era teknologi dan wawasan
Warna biru: Lambang kedamaian dan ketenangan jiwa Warna hijau: Lambang keheningan persekitaran Warna merah: Lambang iltizam dan kekuatan yang tinggi Alamat SekolahSekolah Kebangsaan Sri Jerai 08300 Gurun, Kedah Darulaman. No. Tel & Faks :04-4686293 Email :Kba3011@moe.edu.my Pautan LuarSalam Ramadhan Al-Mubarak 1442H| SK SRI JERAI 2021 - YouTube |https://www.youtube.com/watch?v=lR9G1SO6mCY Taklimat Waris Sk Sri Jerai | https://anyflip.com/afctn/vkxo/ Tatacara Ke Sekolah Sk Sri Jerai | https://anyflip.com/afctn/rbgh/ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H | SK SRI JERAI 2021 | https://www.youtube.com/watch?v=ccf39YmJ96c Ihya Ramadhan 1442H | SK SRI JERAI 2021 - https://www.youtube.com/watch?v=GODPwKBBA9M Information related to Sekolah Kebangsaan Sri Jerai |