Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (nama dahulu: Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air (SMKA)) atau nama ringkasnya SMK Dato' Syed Esa (SMKDSE) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak berdekatan dengan sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Batu Pahat di Batu Pahat, Johor. SejarahSejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE) bermula pada 8 Mei 1962 dimana sekolah ini menumpang bangunannya di Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Lanjutan yang menampung pelajar-pelajar aliran Melayu dan Inggeris yang gagal masuk ke sekolah menengah melalui Sistem Peperiksaan Penilaian M.S.S.E.E (Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah).[1] Setelah sistem peperiksaan itu dimansuhkan, maka dengan sendirinya sistem Sekolah Lanjutan juga terhapus. Pelajar lelaki dan aliran Melayu telah diserap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar (SDBL) manakala pelajar perempuan pula diserap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah (STA). Bagi pelajar yang mengikuti aliran Inggeris, mereka telah meneruskan persekolahan mereka di sekolah ini yang telah diubah namanya kepada Secondary English School (Sekolah Menengah Aliran Inggeris). Ketika itu, sekolah telah berpindah dan menumpang di Sekolah Rendah Hwa Nan yang terletak di Batu 3, Jalan Kluang.[1] Pada tahun 1967, nama sekolah ini ditukar lagi kepada Sekolah Menengah Inggeris (2) serta berpindah dan menumpang di Sekolah Tinggi apabila sebuah sekolah baru didirikan di Jalan Kluang dengan nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Sulaiman). Setelah banyak menumpang di sekolah-sekolah lain, pada 1 Jun 1973, sejarah baharu tercipta apabila sekolah ini telah mempunyai bangunan sendiri dengan nama baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air (SMKA).[1] Setelah 35 tahun berlalu, satu lagi peristiwa bersejarah telah tercatat apabila salah seorang tokoh ulung dari Batu Pahat iaitu Dato' Syed Esa telah diabadikan sebagai nama baharu bagi sekolah ini. Maka sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE). Majlis perasmian nama baharu ini telah dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Haili bin Dolhan dalam satu majlis gilang-gemilang. Majlis tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, bekas pengetua-pengetua sekolah ini dan sekolah lain, ahli-ahli keluarga allahyarham Dato' Syed Esa serta warga SMKDSE sendiri.[nb 1] IdentitiIkrar pelajarSaya, pelajar SMK Dato' Syed Esa dengan penuh keyakinan dan kesedaran berikrar bahawa saya[nb 2]:
Sesungguhnya, inilah ikrar saya sebagai pelajar SMK Dato' Syed Esa yang saya cintai. VisiMisi
Lagu sekolahDisini kami mulakan langkah, SMKDSE gemilang, Kami berusaha dengan gigih dan tabah, Menjadi warga permata. Kita usaha hingga jaya, Di sekolah tercinta, Berbudi berbakti dengan rela hati, Kejayaan tercapai pasti. Lambang sekolahBerikut adalah analisis warna dan lambang sekolah serta maksudnya.[3]
KokurikulumRumah sukan
Kejayaan dalam pertandingan keceriaan bulan kebangsaanSMK Dato' Syed Esa merupakan sebuah sekolah yang mempunyai ramai pelajar. Hal ini menyebabkan SMKDSE berjaya dalam pelbagai pertandingan seperti pertandingan keceriaan bulan kebangsaan. SMK Dato' Syed Esa telah mendapat johan dalam pertandingan keceriaan bulan kebangsaan pada tahun 2015 dan 2016. 2015Pada tahun 2015, SMK Dato' Syed Esa menyertai pertandingan ini dalam kategori sekolah. Kelas-kelas dan kawasan sekolah telah dicantikkan dengan lukisan yang berunsur patriotisme. Akhirnya, SMKDSE mendapat johan pada peringkat kebangsaan dan menerima wang tunai sebanyak RM5,000.00 sebagai ganjaran.[4] 2016Pada tahun 2016, SMK Dato' Syed Esa menyertai pertandingan ini pula tetapi dalam kategori pintu gerbang. Setiap pelajar menderma satu botol besar sebagai smbangan membina pintu gerbang 5.5m tingginya. Akhirnya, SMKDSE mendapat johan kategori pintu gerbang dan telah menerima wang tunai sebanyak RM2,000.00 sebagai ganjaran.[5] AlamatSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa, Jalan Indah, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim. Nota dan rujukanNota
Rujukan
Sumber
Pautan luar
Information related to Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa |